Thursday 24 March 2011

KADAR PREMIUM TANAH DI SARAWAK TERMURAH DI MALAYSIA?????

Salam Perubahan.

Bila bercakap pasal Sarawak, tak cukup rempah ratus rasanya kalau isu tanah tak disebut. Ini kerana secara geografinya, Sarawak merupakan negeri yang mempunyai keluasan tanah yg paling luas di Malaysia. Sekaligus merupakan negeri yg mempunyai seat yg paling banyak baik seat negeri ataupun parlimen. Antara isu yg cukup menarik untuk dibincangkan ialah isu kadar premium tanah. Sila baca kenyataan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua negeri Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan di Utusan Sarawak, 20/3/2011.


KUCHING: Premium tanah di Sarawak masih antara yang terendah di Malaysia dan malahan pembaharuan pajakan tanah turut dilaksanakan secara automatik, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menyangkal dakwaan parti-parti pembangkang bahawa Sarawak mengenakan kadar premium tanah amat tinggi, beliau memberikan contoh Sarawak hanya mengenakan kadar RM1,000 bagi sebuah rumah teres manakala di Gelugor, Pulau Pinang, pemilik rumah sedemikian perlu membayar RM12,000.
Beliau merujuk kepada kajian oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dan berkata Pulau Pinang dan Selangor mengenakan premium beberapa kali ganda lebih tinggi daripada Sarawak bagi geran tanah yang akan tamat tempoh 20 tahun lagi dan telah dikemukakan bagi pembaharuan pajakan untuk tempoh lebih 99 tahun.
“Sarawak hanya mengenakan RM1,000 bagi sebuah rumah teres, RM3,000 bagi rumah kembar dua dan RM6,000 bagi rumah sebuah di bawah kategori pajakan 60 tahun dan masing-masing RM1,300, RM3,900 dan RM7,800 bagi kategori pajakan 99 tahun,” kataya kepada Bernama.
Kajian itu meliputi kaedah pembaharuan pajakan tanah dan premium yang dikenakan di Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.
Awang Tengah berkata pemilik di Gelugor, Pulau Pinang perlu membayar RM12,000, RM36,000 dan RM61,000, masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dan sebuah dalam kategori pajakan 99 tahun.
Kajian itu menunjukkan pemilik rumah di Pulau Pinang perlu membayar premium bagi pembaharuan pajakan lapan kali ganda lebih tinggi daripada pemilik rumah di Sarawak.
Selain itu, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak juga menimbangkan kadar premium berdasarkan merit bagi kes tertentu.      
Beliau menyenaraikan beberapa penemuan dalam kajian itu:  
• Di Shah Alam di Selangor, kadar pembaharuan pajakan 99 tahun ialah RM25,000, RM55,000 and RM71,000 masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dan sebuah. Ini  19, 14 dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada di Sarawak.
• Rumah kediaman di bawah pajakan 60 tahun di Sarawak dikenakan bayaran RM40,000 dan RM20,000 di bandar utama dan bandar sekunder manakala di pekan luar bandar dikenakan bayaran RM10,000. Bagi pajakan 99 tahun, kadarnya ialah RM52,000, RM26,000 dan RM13,000. Sebagai perbandingan, rumah kedai di bawah pajakan 99 tahun di George Town dan Sungai Nibong di Pulau Pinang, diklasifikasikan sebagai bandar utama, masing-masing dikenakan bayaran RM204,000 dan RM150,000.
• Di Selangor, pemilik rumah kedai dua tingkat perlu membayar RM150,000 bagi setiap unit di Seksyen 17, Shah Alam manakala pemilik di bandar utama di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu hanya membayar kadar RM52,000 bagi pajakan 99 tahun.
Selain itu, Pulau Pinang dan Selangor tidak mengamalkan pembaharuan pajakan tanah secara automatik sepertimana didakwa pembangkang, kata Awang Tengah.
Mengenai Tanah Adat pribumi, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan dan mewartakan 27 lokasi meliputi kawasan seluas 21,286 hektar sebagai tanah komunal Bumiputera pada 2010.
Tanah itu melibatkan 10,880 penuntut tanah adat dari 16 kampung dan 68 rumah panjang daripada pelbagai kumpulan etnik di seluruh negeri.
Bagi 2011, Awang Tengah berkata 107 kawasan tanah adat berjumlah 377,370 hektar telah diluluskan untuk diukur dan diwartakan sebagai tanah komunal Bumiputera. Kira-kira 57,061 penuntut daripada pelbagai lapisan masyarakat akan mendapat faedah daripada program itu.
Kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta bagi kaji ukur tanah adat bagi 2011-2012 untuk menandakan sempadan tanah adat dan tanah kerajaan negeri. — Bernama

Bagi yang membaca secara sepintas lalu, sudah tentu akan terus meng"ia"kan kata-kata Awang tengah di atas. Tetapi bagi sesiapa yg menyelami satu persatu fakta yang diberikan di atas akan menampakkan kekurangan dan kelemahannya.  

1) "......... kajian oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dan berkata Pulau Pinang dan Selangor mengenakan premium beberapa kali ganda lebih tinggi daripada Sarawak .......... "

Pelik kan kajian itu cuma membandingkan Sarawak dengan Selangor dan Pulau Pinang. Kenapa tiada perbandingan dengan negeri-negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang? Kajian jenis apa yang terang-terang pilih kasih begitu? Lagi satu, kalau nak bandingkan, kenapa nak banding dengan negeri yang maju? Banding dengan Kelantan atau Kedah tak boleh ke? Why? Satu soalan yang kita rasa kita boleh agak jawapannya.

2) "....Rumah kediaman di bawah pajakan 60 tahun di Sarawak dikenakan bayaran RM40,000 dan RM20,000 di bandar utama dan bandar sekunder manakala di pekan luar bandar dikenakan bayaran RM10,000. Bagi pajakan 99 tahun, kadarnya ialah RM52,000, RM26,000 dan RM13,000."

Mak datuk!!! RM 40k tu tak banyak? Astagfirullah. Ali oh Ali... Dengan RM40k tu banyak benda yang kita rakyat marhaen ni boleh buat. Buat belanja isi dapur, tukar atap rumah yang bocor, bagi besar sikit bilik sebab anak cucu dah bertambah, tampung pendidikan anak2 dan macam-macam lagi lah. Mungkin bagi  Ali ni RM 40k tu tak banyak. Sebab kalau tambah komisen dari sekutu Taib, RM 40k tu macam 2,3 posen je.


 3) "......Mengenai Tanah Adat pribumi, Awang Tengah berkata kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan dan mewartakan 27 lokasi meliputi kawasan seluas 21,286 hektar sebagai tanah komunal Bumiputera pada 2010."

Ada betul ka wahai Ali? 27 lokasi tu bukan kawasan yg nak diberikan kepada kroni Taib ke? O.K katalah apa yang engkau cakap tu betul, kan kerajaan Sarawak ada AKTA TANAH 1958? kalau Taib & Kroni terliur kat mana-mana tanah di Sarawak, sumpah, wallahi, mmg akta inilah yang akan digunapakai.


Adakah pendapatan isi rumah di Sarawak dapat kita bandingkan dengan pendapatan isi rumah di semenanjung? seringgit di Sarawak adakah sama seringgit di semenanjung? Tidak perlu untuk pergi jauh. Harga ayam di semenanjung adakah sama dengan harga ayam di Sarawak? sudah tentu tidak.

P/S :
Satu soalan di sini tuan menteri, rumah kayu yang beratapkan rumbia, terletak di tanah lot, jatuh kat kategori mana? RM 6000. Bagi kita rakyat marhaen di Sarawak ni, RM6000 satu angka yg besar. Bisa terlondeh seluar dibuatnya. Jadi, di mana keadilan untuk rakyat yg pendapatannya tidak seberapa. Adakah keadilan itu untuk org2 yg berada sahaja atau untuk kroni2 Taib Bersekutu. Fikir-fikirkanlah

No comments:

Post a Comment