Saturday 26 March 2011

JUGAH OH JUGAH ( R.I.P)

Semasa agak sibuk mengarang AKU DAN APAI JUGAH, tiba-tiba aku teringat akan kisah lucu yang sumbernya tidak dapat disahihkan namun mampu untuk menerbitkan senyum dibibir lantaran kelucuannya.

Ceritanya begini, Tunku Abdul Rahman membawa Apai ke London untuk rombongan rasmi melawat Queen Elizabeth II. Itu adalah pertama kali dia ke London. Dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Queen menjemput mereka ke satu Majlis Malan Malam di Raja di Buckingham Palace.

Hidangan pertama adalah sop. Pelayan itu menghidangkan Apai sop. Apabila dilihat mangkuknya sudah habis, pelayan itu bertanya, "Would you like any more soup, sir?"

Apai tak tahu nak cakap apa. Dia tak faham apa yang dikatakan, cuma faham perkataan soup. Ingatkan dia ditanya sedap ke tidak sop itu, dia hanya mengangguk dengan sopan sambil menyebut, "Soup soup ..."

Ingatkan dia mahu lagi, pelayan itu menambah lagi sop dalam mangkuknya. Dah terpaksa dia menghirup lagi sop. Zaman itu, pantang orang membazir makanan.

Apai lihat orang lain sudah dihidangkan salad yang berisi dengan makanan laut. Cepat-cepatlah dia hirup sop itu.

Habis saja, pelayan itu berkata, "You must love the soup, sir. Would you like some more?"

Sekali lagi dia mengangguk sambil menjawab, "Sop  sop ..."

Dituang lagi soup dalam mangkuk. Terpaksa Apai menghirup soup, tak mahu membazir.

Tun Dr Ismail, Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin hairan kenapa Apai masih menghirup sup. Mereka sudah habis salad dan sedang menunggu hidangan ke tiga stik. Malas bertanya kerana tak mahu malukan dia. Apai pun agak kurang bercakap.

Apai sedar orang lain dah habis hidangan kedua. Semasa dia menghabiskan mangkuk ketiga sopnya, dia lihat pelayan-pelayan lain tengah membawa masuk hidangan stik kepada mereka-mereka yang lain.

Apabila dia habis saja menghirup sop mangkuk ketiga, pelayan itu bertanya dengan hormat, "Sir, you missed the second course, and they are now at the third course, which is steak. Would you still like to have the salad or steak now? Or you still prefer more soup?"

Apai melihat kepada pelayan itu sambil bercakap, "Berapa kali kau nak kasi aku sop? Aku nak makan daging. Sop, sop, sop, nak aku potong kepala kau...?"


Tun Tan Siew Sin yang duduk disebelah hampir nak tergelak. Baru dia faham Apai tidak tahu bahasa Inggeris. Dia pun beritahu pelayan, "I believe he would like to have the steak now."

No comments:

Post a Comment