Monday 28 March 2011

DAYAK OH DAYAK.


Bila disebut tentang orang Iban, pasti nama nama yang terkenal seperti Rentap tidak akan terlepas dari ingatan . Ini kerana beliau terkenal dengan keberanian dan keperwiraannya menentang penjajah untuk mempertahankan hak bangsa dan maruahnya. Walaupun sebagai musuh, Brooke sendiri amat mengagumi musuhnya yang satu ini. Walaubagaimanapun, adakah semangat perwira Iban ini masih mengalir di dalam darah anak-anak Iban kini?

Zaman pra-kaloni dan pejajahan keluarga Brook telah lama berlalu,mungkin sekarang tibanya zaman penjajahan cara baru?. Sedar akan kehilangan taring masyarakat Dayak, ada pihak memanipulasi keadaan dan menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi memenuhi kerakusan mengejar keuntungan. Banyak syarikat kroni telah mengaut keuntungan berbilion ringgit. Perkongsian kepentingan ini mungkin merelakan tindak-tanduk yang mengetepikan batasan kemanusiaan dan hak asasi penduduk Dayak yang rata-ratanya masih dibelenggu dengan kemiskinan. Dalam isu tanah NCR, ada yang masih takut dengan peruntukan Kanun Tanah Sarawak yang sengaja dibuat oleh pembuat undang-undang bagi terus melenyapkan tanah asal.Takut dengan 'gangster' yang diupah oleh syarikat balak. Takut dengan ketua masyarakat dan YB yang berkomplot dengan syarikat balak.Dayak di dalam keadaan tertekan apabila jentera kerajaan seperti polis dan Land & Survey menutup sebelah mata. Bagi syarikat yang sudah kaya, mereka sanggup mengupah 'gangster' melindungi mereka dan mengugut orang kampung. Tindakan ini dilakukan secara terbuka dan tidak diambil serius oleh pihak polis dan mungkin mereka ingin peristiwa di Ulu Niah dulu akan berulang lagi?. Atau mungkinkah mereka ingin tahu tahap kesabaran penduduk asal mempertahankan hak mereka. Jika kompeni dan gangster berani bertindak kerana wang, adakah orang asal tidak berani kerana hak mereka?.Laporan oleh MBF (Borneo Manser Fund)dibawah benar-benar hampir ke tahap batas kesabaran masyarakat asal.

Kini syarikat dan kerajaan bertindak ala samseng dalam merampas hak orang asal atas nama 'pembagunan' yang dicanangkan. Ini bukan masalah baru, tetapi sudah lama berlaku di kawasan pedalaman. Malah ada gangster yang boleh membuka syarikat balak sendiri dan mencuri kayu balak. Di Baram umpanya, kesemua syarikat balak mengupah 'gangster' menjaga operasi mereka. Perusahaan kilang papan Temala suatu ketika,dipenuhi dengan pekerja Indonesia yang tidak ada permit. Di dalam tempoh tersebut limpahan mereka menggalak aktiviti tidak menyihatkan termasuk 'sabung ayam', berjudi, pengedaran pil aktasi dan juga kerap terlibat dengan pergaduhan yang pernah meyebabkan kematian. Ada yang mengupah pekerja berbangsa cina yang tidak ada kerja dan semata-mata menjaga kem balak sahaja. Adakah pihak berkuasa buta menanggani masalah ini? masalah budaya samseng.



Ini adalah muka-muka pekerja syarikat yang diupah menjaga kompeni syarikat kelapa sawit. Kejadian ini adalah yang terbaru melibatkan rumah panjang Ranggong dan Belilie di Ulu Niah dengan BLD Resources:






Credit to Suara Telang Usan

No comments:

Post a Comment