Saturday 26 March 2011

AKU, TAIB DAN TANAH


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau secara peribadi tidak memperoleh apa-apa imbuhan kewangan hasil daripada usahanya memperkenalkan konsep estet Bumiputera untuk membangunkan tanah Bumiputera di negeri itu.

Katanya, tidak ada sebab bagi beliau dituduh oleh segelintir pihak sebagai cuba merampas tanah rakyat melalui konsep pembangunan itu sedangkan tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup pemilik tanah berkenaan.  "Saya buat estet bumiputera, gaji saya masih macam itu juga. Tidak bertambah kerana bukan ada komisen," kata Taib, yang juga menteri perancangan dan pengurusan sumber Sarawak.

Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan projek pembangunan tanah hak adat Bumiputera Lubok Nibong-Dabai-Pasir Puteh di Marudi hari ini.
  

Nak tergelak aku mendengar komen Taib pasal gaji. Lepas tu bercakap pulak pasal komisen. lagilah aku tergelak sampai terguling-guling. Kenapa Taib sebut pasal komisen? Sindir Najib pasal komisen Scorpene ke? Alahai Taib... Berani jugak ko sindir Najib ni dalam diam. Lagi satu, konsep estet bumiputera ni aku tak berapa faham la. Apa maksud estet bumiputera ni? Pemilik dia bumiputera? Pekerja kulikong dia bumiputera? Pemilik daripada kroni dan pekerja daripada bumiputera? Confious aku dibuatnya.


Alahai Bang Taib. Apa yang Bang Taib melalut ni? Berapa orang yang betul-betul percaya yang Bang Taib ni tak dapat untung sesen pun daripada pembangunan tanah bumiputera di Sarawak ni? Bang Taib sedar ke masa buat ucapan ni atau main baca je skrip yang orang tulis tu? Tak cukup "tanah" di Sarawak dan Australia, "tanah" di Lebanon pun Bang Taib "belasah". 

Bang Taib ingat yang dengar dan baca berita ni semua budak tadika ke? Bila cikgu suruh tepuk, mereka tepuk, cikgu suruh menyanyi mereka menyanyi. Pendek kata penurut je sepanjang masa. Bang Taib kena ingat, zaman ni zaman teknologi dan informasi. Sekali klik terus je dapat berapa banyak harta Bang Taib yang ada di dalam negara dan luar negara. Cuma Bang Taib je yang tak nak isyhtihar berapa banyak harta yang Bang Taib ada. Kalau ikutkan, gaji sebagai Ketua Menteri berapa banyak je kan? Saya tak nak lah tabur fitnah tapi kali difikirkan dari segi logik, memang adalah yg tak betul. 

No comments:

Post a Comment