Thursday 24 March 2011

ELEKTRIK, AIR DAN JALAN

Sarawak adalah antara negeri yang mempunyai hasil mahsul yang banyak. Bumi Kenyalang kita yg  bertuah ini ada minyak, hasil hutan yang banyak dan bermacam-macam lagi. Namun hakikatnya negeri dan rakyat Sarawak adalah antara yang termiskin di Malaysia. Banyak tempat masih tidak mempunyai kemudahan asas yang baik. Tetapi yang peliknya Ketua Menteri dan kaum keluarganya adalah pemimpin yang paling kaya jika hendak dibandingkan dengan pemimpin negeri lain. Kalau pihak pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak adalah negeri termiskin di Malaysia, puak-puak inilah yang akan melenting sehingga berbuih2 mulut untuk mempertahankan bahawa Sarawak adalah negeri keempat, kelima atau keenam terkaya di Malaysia. Tapi siapa yang akan betul-betul percaya? Aku? Mintak maaf banyak-banyak lah. Kalau betullah negeri Sarawak kita ini kaya, mengapa ada banyak lagi rumah yg bergelap tiada elektrik?  Berikut petikan kata-kata seorang penduduk di Ulu Baram.
 
"Semenjak penubuhan Malaysia sehingga sekarang tidak ada perubahan yang berlaku. Kalau dulu tak ada letrik sekarangpun sama, kalau dulu tidak ada jalan raya, sekarangpun masih menggunakan jalan sungai, jadi apakah kemajuan yang kerajaan war-warkan ?" 
 
 
                                      Kampong Empaling -Di bawah P202 dan N25 tanpa jalan berturap, elektrik dan air paip.
 
Statistik mengatakan bahawa 90 peratus daripada keseluruhan rumah panjang di Sarawak masih tidak ada bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya, dan 60 peratus daripada mereka masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri seharusnya berusaha agar rakyat peribumi Sarawak dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka setaraf dengan penduduk malaysia yang lain. Dari segi kemudahan bekalan letrik, jalan raya dan air bersih, penduduk Orang Asli di semenanjung mempunyai nasib yang jauh lebih baik daripada penduduk peribumi Sabah-Sarawak. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi, mereka tidak jauh ketinggalan daripada peribumi Sabah-Sarawak .
 
Dah berapa lama kita merdeka dalam Malaysia? 1 tahun? 10 tahun? Masih dapat kah akal kita yang waras ini untuk menerima alasan-alasan yang kerajaan kita beri?   
 
 
Rakyat Sarawak wajib berubah dan memperbetulkan perkara ini. Caranya tidak lain tidak bukan ialah menumbangkan pemimpin yang mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarganya sendiri. Apakah dakwaan ramai orang yang mengatakan Taib Mahmud kaya raya tidak benar? Jika tidak benar sila isytiharkan hartanya kepada rakyat. Biar rakyat tahu dan membuat perhitungan pada pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang ini.
 
 

No comments:

Post a Comment