Thursday 31 March 2011

PANTUN TANAH

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar tanah kita selamat 


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan tanah sebarang tanah
Tanah adat pusaka Melayu  
  
  Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan Taib tak ingat sumpah
Sumpah kantung diisi penuh 


Kain batik di negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah Taib berjanji palsu
 
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Akta di karang diatas kertas
Hendak merembat tanah rakyatnya  

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Tanah tak hendak dijual beli
Bukannya benda buat berniaga  

Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Tanahku habis berbendang - bendang
Disamun Taib dan kroni-kroni
  
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Gilanya emas gilanya intan
Itulah Taib dan rakan-rakan 

Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik undi untuk dipilih
Tersalah pilih keturunan merana 


Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu mengundi BN itu sakit
Tidak ku undi dari mula-mula
   

  Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh 

  Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati 

BERHEMBUS BAYU ANGIN MENGILIR
SEJUKNYA SAMPAI KEUJUNG POHON
SAMBUTLAH SALAM PESAN TERAKHIR
KUSAMPAIKAN LEWAT UNTAIAN PANTUN.
 

Wednesday 30 March 2011

NANGKA OH NANGKA


The Borneo Post Selasa bertarikh 18hb melaporkan ADUN Nangka menafikan khabar angin bahawa orang Melayu Sibu memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Perenggan pertama menunjukkan ia cuba untuk mengalihkan persoalan kepada dari prestasi rendah DUN Nangka kepada undi Melayu Sibu yang dikatakan meningkat jumnlah.

Dia cuba mencari dalih dengan mengatakan undi Cina yang 28% di kawasannya yang lari. Ini seolah2 dia tidak perakui pengundi kawasannya turut lari. Perkara ini berlainan dari yang dikatakan oleh PKR kawasan. Undi Bumiputera telah lari dari BN. Sebagai contok di mukim Teku, kawasan Iban, PR menang tiga saluran.

DUN Nangka bermasalah walaupun PBB pernah menang besar dengan majoriti 4,815 undi dalam tahun 2006. Awang Bemee bukan seorang YB yang berkesan. Beliau langsung tidak turun ke padang dan bersikap arogan. Di kerusi Nangka seramai 8,003 atau kira-kira 60% adalah pengundi muda dan berdarah panas. Luahan anak-anak muda Nangka melalui Facebook tentang masalah asas di kampung-kampung mereka cukup jelas menggambarkan betapa kecewanya mereka terhadap tahap khidmat wakil rakyat mereka.

Selaku kaum minoriti di bumi sendiri, sudah semestinya rasa terkilan itu berbaur cemburu melihat peruntukan sekadar melimpasi kampung mereka menuju perkampungan bukan Melayu atau kawasan bandar.

Satu lagi contoh, Kampung Hilir di pinggir bandar Sibu yang terletak dalam DUN Nangka adalah ibarat Kampung Baru di Kuala Kumpur yang dianggap mencacatkan keindahan Kuala Lumpur.

Kampung Hilir hanya di pisahkan oleh Hotel Paramount yang berbelas tingkat berada dalam keadaan dhaif. Kampung ini menggambarkan taraf hidup masyarakat Melayu Melanau Sarawak.

Deretan rumah-rumah papan dengan sebahagian tiangnya di dalam Sungai Rejang menyebabkan banjir sekali atau dua kali setahun. Kampung ini dilanda banjir apabila air sungai melimpah pada musim hujan lebat.

Menurut seorang penduduk Kg Hilir, mereka sudah mengadu kepada wakil rakyat setempat tetapi ianya ibarat mencurah air ke daun keladi. Begitu juga dengan rayuan penduduk supaya lorong-lorong sepanjang Jalan Kampung Hilir dalam kawasan DUN Kampung Nangka diturap.

Mereka akhirnya gelarkan Awang Bemee dengan gelaran YB Jambatan... kerana YB ini hanya memberi kayu-kayu untuk dibuat jambatan menghubungkan jalan dengan rumah bagi mengelak air jika banjir.

Perihal wakil rakyat ini bukan rahsia lagi kerana nama beliau tidak terlepas bibir penduduk yang terasa kecewa bila YB berkenaan amat jarang turun padang. Menurut seorang ibu tunggal tiga anak, jika ramai penduduk Melayu yang tidak mengundi BN pada 16 Mei ini, itu adalah kerana mereka kecewa setelah diabaikan walaupun kesetiaan pada BN tidak pernah berbelah bahagi sebelum ini.

DUN Nangka ini telah dijadikan DUN angkat bagi PAS dan PKR manakala DUN Bawang Assan dikendalikan oleh DAP. Manakala Besar PAS turut terletak di Kampung Hilir, DUN Nangka yang sentiasa sibuk mengatur program kempen.

Inilah sikap degil yang enggan menerima kenyataan yang sama ditunjukkan oleh PM Abdullah Badawi sebelum PRU2008 yang terkenal mengulang kata2 rakyat menyokongnya 90% kerana 90% kerusi dipegang BN.


P/S ADA TAK KAITAN AWANG BEMEE DENGAN TA ANN GROUP? ADA. MARI LIHAT SINI

http://www.taann.com.my/bod.html

TIKUS OH TIKUS

 Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...." 
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " 

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan... Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
 
Moral :  Ketika kita mendengar akan kesusahan  masyarakat Dayak mengenai Tanah Adat yang dirampas, janganlah sesekali kita berasa bahawa itu bukanlah masalah kita. Tidak mustahil masalah itu akan menimpa kita di kemudian hari.
 

PANTUN SERAWAK


Pulau Santubong jauh ketengah
Gunung tak terpanjat bercabang tiga
Hancur orang Iban dirampas tanah
Taib yang jahat dikenang jua

Dua tiga cicak Gekho berlari
Mana nak sama cicak terbang
Dua tiga ekar tanah Taib boleh cari
Untuk projek kroni-kroni diaorang

Kalau roboh Kota Semarahan
Papan di  Semanggang Taib dirikan
Kalau sungguh itu kerja Taib dan Sulaiman
Badan dan kepala mereka kita cantaskan

Kajang Alfred Jabu kajang berlipat
Kajang James Masing mengkuang layu
Berdagang tanah untung berlipat-lipat
Kalau ajak Taib datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Taib dan bini baru sedang bermesra

Mengata dulang paku serpih
Mengata Najib , Mahathir pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah berbini baru, awek muda pula.

Orang berbudi kita berbahasa
Taib main tipu undi kita pukul biar dia rasa.

UBAH GAYA HIDUP, KATA NAJIB

Story Credit : Stingarden (2009) - PTS Publication

"Takkan pajeri ja? Takkan sejenis lauk ja utk YB?" tanya Mat Trompet.

Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Mat Nagka, Nenek Munah Leper, Mat Rojek, Mamang Sulan, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Pak Akop, Kak Pinoi, Ila ank Sarjan Kassim, Mail Ketapang ank Haji Dua Kupang berpandang-pandangan sesama mereka.

"Habis.. nak masak apa? Telur dah naik harga, daging dah naik harga..." jawab Hassan Kedai Runcit (yang incharge bab-bab lojistik). Dia tahulah sebab dia ada kedai runcit.

"Apa kata kalau kita bikin kerabu dedak ayam campur pucuk ubi?" cadang Sarjan Kassim (incharge bab-bab menu). Dia tahulah sebab dia sarjan cook di Kem Batu Kentomen (cantonment).
"Macam umpan ikan lampam je weh?.." tanya Mat Trompet.

"Apa pulak tak bolehnya!?" kata Sarjan Kassim.
"Tuan-tuan dan puan-puan pernah tengok ada ayam mati dek makan dedak?"

Orang-orang kampung melongo. Mendengarkan hujah-hujah Sarjan Kassim. Yang kalau difikir-fikirkan ada juga bernasnya.

"Lagi pula..." tambah Sarjan Kassim.
"ayam makan dedak.. lepas tu kita pula makan ayam.. tak ke secara tak langsung kita makan dedak juga namanya!? Jadi, kenapa kita tak direct saja makan dedak!?"

Orang-orang kampung melongo. Mendengarkan hujah-hujah Sarjan Kassim. Yang kalau difikir-fikirkan ada juga bernasnya.
 
Moral of the story : Marilah kita bersama-sama menyambut seruan PM Najib untuk mengubah gaya hidup dengan menyaji para-para YB yang bertandang 4 tahun sekali ke tempat kita. Kalau nak lagi best campur sedikit cuka getah untuk jimatkan kos. Baru gempak.

PERGI TAK KEMBALI

Al-Fatihah

Buat Udak Norjanah Saufi yang telah kembali ke rahmatullah 29.03.2011 @ 10 p.m

semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan dikalangan hambanya yang beriman. Amin

Tuesday 29 March 2011

MASYARAKAT DAYAK BERTUAH HIDUP DI BAWAH PEMERINTAHAN BN?




Dayak merupakan kumpulan majoriti yang mendiami Sarawak yang merupakan penduduk Bumiputera yang asal selain masyarakat Melayu. Sejak Sarawak menyertai Malaysia, masyarakat Dayak tidak pernah ditindas mahupun dianaktiri oleh pemimpin BN Sarawak mahupun pemimpin BN Malaysia. Bahkan dalam perlembagaan, hak dan keistimewaan kumpulan Dayak ini terpelihara seperti mana kaum Melayu.

Berikan satu sebab mengapa statement “..masyarakat Dayak tidak pernah ditindas mahupun di anaktiri oleh pemimpin BN Sarawak..” adalah satu statement yang kelakar? Mungkin satu lelucon untuk menceriakan hari yang indah ini. Sekiranyanya tidak pernah di anaktiri, mengapa sesetengah rumah panjang sejak merdeka sehingga sekarang dinafikan hak untuk menikmati bekalan elektrik dan air bersih? Sedangkan semua tahu itu adalah kemudahan asas yang paling minimum yang rakyat perlukan. Berapa tahun lagikah mereka perlu menunggu untuk menikmati kemudahan asas tersebut? Tidak adakah peruntukan kawasan untuk menolong mereka ini? Tahun demi tahun, para YB akan sentiasa memberikan janji manis sebagai gula-gula semasa pilihanraya. Sampai bilakah nasib mereka ini akan berlarutan tanpa pembelaan ini?

 Dalam perkembangan politik Sarawak kini, Pakatan Pembangkang telah menggunakan taktik dan strategi membangkitkan semangat Dayakisme bagi membenci kerajaan. Apakah kerajaan selama ini tidak menjaga dan memelihara kepentingan kumpulan masyarakat Dayak?

Bagi aku YA. Selama ini kerajaan tidak menjaga dan memelihara kepentingan orang Dayak dengan bersungguh-sungguh. Segala projek yang dijalankan untuk orang Dayak seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Adalah penting untuk membangkitkan semangat Dayakisme kerana dengan semangat inilah orang Dayak akan bangkit daripada terus ditipu dan dipermainkan oleh pihak pemerintah. Dengan semangat inilah mereka akan terus bertahan daripada segala janji-janji manis pemerintah semasa musim pilihanraya ini.

Situasi ini sengaja diadakan Pakatan Pembangkang menerusi bloggers propembangkang mahupun ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Pembangkang. Mereka mengetahui melalui cara ini, undi terhadap BN akan berkurangan dan menyokong Pakatan Pembangkang. Mereka sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa berbohong dan melaksanakan fitnah bagi mendapatkan sokongan.


Ya, bloggers seperti aku akan terus berjuang bagi terus membongkar segala kesalahan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pemerintah kepada masyarakat Dayak. Fitnah? Adakah dengan mengatakan bahawa masyarakat Dayak banyak ketinggalan berbanding bangsa yang lain adalah satu fitnah? Adakah dengan mengatakan kebanyakkan sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman adalah daif serta jauh kekurangan adalah fitnah? Adakah dengan mengatakan prestasi pelajaran pelajar di pedalaman jauh berbeza dengan prestasi plejar dibandar adalah fitnah?


Sangkaan mereka masyarakat Dayak tinggal di luar bandar dan pedalaman tidak berpengetahuan dan tidak mengetahui perkara-perkara di luar. Dengan kebanyakan mereka buta huruf dan mudah diperalatkan membuatkan mereka terpedaya dengan mainan Pakatan Pembangkang. Malah mereka telah menanam kebencian kepada masyarakat Dayak dengan menyebarkan pelbagai dakyah kononnya kerajaan tidak membantu masyarakat Dayak.


Sudahkah kerajaan menjalankan kajian berapa banyak penduduk di pedalaman adalah buta huruf sehingga susah bagi mereka untuk mendapatkan kerja? Dan siapa memperalatkan siapa? Siapakah yang telah berkuasa selama lebih 35 tahun tetapi nasib masyarakat Dayak masih di takuk lama? Kebencian masyarakat Dayak tidak perlu ditanam oleh pembangkang tetapi kebencian ini lahir secara alami setelah begitu lama ditindas dan diperbodohkan oleh pembangkang.


Serangan terhadap masyarakat Dayak segera ditangkis oleh pemimpin BN yang berketurunan Dayak bagi memperjelaskan kepada rakyat bahawa dakwaan dan tohmanan kononnya kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Dayak adalah suatu pembohongan yang nyata. Komitmen Kerajaan BN terhadap kepentingan masyarakat Dayak dapat dilihat dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dianggotai oleh semua menteri-menteri Bumiputera dari kedua-dua negeri terbabit. Menurutnya lagi, satu jawatankuasa teknikal di bawah Jawatankuasa Kabinet turut ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan projek-projek terutama pembangunan infrastruktur di pedalaman. Jawatankuasa teknikal itu dipengerusikan oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Douglas Uggah Embas sebagai Timbalan Pengerusi.


Berapa kali nak sebut, bukanlah jawatankuasa yang mereka ini perlukan. Wujudkan seribu jawatankuasa pun tidak berguna selagi bekalan elektrik dan air bersih masih belum ada. Melalaklah banyak mana sekalipun, bukan jawatan kuasa yang mereka perlukan. Tetapi kemudahan asas untuk melestarikan kelangsungan hidup. Siapa yang peduli dengan Bernard Dompok dan Douglas Unggah menjadi Perdana Menteri sekalipun. Yang penting bagi mereka ialah air dan letrik.


 P/S SEKIRANYA PEMBANGUNAN SECARA SEIMBANG BERLAKU DI SARAWAK, GAMBAR SEORANG DAYAK MENGGUNAKAN LAPTOP BUKANLAH LAGI SESUATU YANG DIANGGAP LUCU MALAH AKAN DIANGGAP SEBAGAI SESUATU YANG BIASA. TANYA HATI, ADAKAH KITA BERASA LUCU MELIHAT GAMBAR TERSEBUT?

SEKOLAH OH SEKOLAH

Aku mun orang madah Sarawak tuk kaya, mati sakit perut aku ketawa. Apa kenak? Ada kah patut madah Serawak tuk kaya. Mun nya madah Taib ya kaya kali aku percayak. Ahli politik kerajaan mati-mati madah Serawak tuk negeri yang pendapatannya antara paling tinggi di Malaysia. Ada aku kesah? Yang aku kesah ialah, mun kita tuk kaya kenak sekolah-sekolah di kawasan kampung-kampung sik semperena dan merinsak gilak rupanya? Serawak sekda duit kah mok molah sekolah bagus-bagus? Mun ada duit, sine pergi duit ya?


Mun tuk zaman 70-an, 80-an paling teruk pun 90-an boleh agik diterimak akal, tapi tuk dah masuk zaman milenium, tapi sekolah macam sik jauh beza dari zaman P Ramlee dolok. Sekolah macam kat atas ya kah dinamakan pembangunan? Bila di tanyak, kenak sekolah kedak ya, mala jak alasan sekda peruntukan, sekda bajet, sekda duit, arum bulak semua sekda. Habis ya apa yang ada? Rambut uban Taib?


Sik kan maok nunggu sekolah tuk roboh baruk gago mok molah sekolah baru? Belom kira agik sekolah tuk ada bekalan air bersih dengan karan. Semua tuk salah pembangkah kah di Serawak? Sekolah-sekolah di Serawak buruk-buruk sebab dakyah-dakyah pembangkang sebab sik maok Serawak maju. Mun sekolah macam tuk pun dikatakan maju di debah pimpinan Taib, Kau Taib boleh pegi mampus.

Rumah staf sekolah ( ada kah patut? )

BENDERA OH BENDERA

BENDERA SARAWAK  (1841-1848)


 BENDERA SARAWAK  (1848-1870)


BENDERA SARAWAK  (1870-1946)


 BENDERA SARAWAK  (1946-1973)



 BENDERA SARAWAK  (1973-1988)



 BENDERA SARAWAK  (1988- SEKARANG)


P/S  CUMA ADA SOALAN YANG AGAK BODOH DARI AKU KEPADA AKU ( YANG LAIN TAK USAH AMBIL PEDULI ). BETULKAH SARAWAK INI MERDEKA?





Monday 28 March 2011

AKU DAN "PENJILAT" TAIB


 Sebelum membaca entry ini, please baca artikel di bawah. Barulah dapat memahami apa yang akan saya sampaikan.

http://pas-miri.blogspot.com/2011/01/dimana-politik-pembangunan-sarawak.html


Komen seorang pembaca di salah sebuah Blog milik Pakatan Rakyat.


Mata dah butakah? Sik nampak Pembangunan merata-rata di Sarawak
Macam cakap orang bodoh!


Salam. Miak tok masuk terus alu nak madah orang butak. Sekda adab lalu. Mun kau nak kelaka pasal pembangunan, silakan. Tapi kau maok kelaka pasal pembangunan ya dari segi apa? Material atau sosial? Pembangunan merata-rata di Serawak? Kau tuk memang pandei molah lawak sampei aku mok terguling-guling di situk.

Sarawak tuk luas,bukan keda Sungai Po...
nie lah dapat nyedia seorang doktor di setiap buah klinik...
pikir pakei otaklah...
jgn pkei kepala lutut...
Jgn sedap cakap...nak jadi hero!


Sarawak memang negeri paling luas di Malaysia. Ya jak fakta yang kau berik kat situk betul. Hanya kerana Sarawak ya luas, lalu sik dapat nak berik seorang doktor setiap klinik di Serawak? Ya ajak modal kau? Fakta dari sine kau dapat yang Sarawak sik dapat nyedia doktor setiap klinik sebab Serawak tuk luas gilak. Alu sik tekaber Taib mok berik doktor. Nampak gilak kau tuk bodo sik dapat nak di tolong agik. 


Kenduri kawin pakei duit sendiri...
Siknya pinjam duit kita...
Nya yang nikah...kita org peduli apa????
Bini nya, bekas janda youkah???


 Eh.. sori tuk gambar lamak.






Dari sini kau tauk Taib ya makei duit sendirik? Kau tuk tukang simpan duit nya kah? Memang Taib sekda ngetuk rumah aku mintak pinjam duit, tapi kau sik sedar kah berapa banyak duit sedara Seserawak atau duit dari hasil Serawak yang masuk ke dalam poket Taib? Mun kau madah nya kaya, berapa gaji Ketua Menteri setahun? Lepas ya darab dengan berapa tahun dah nya jadi Ketua Menteri? Kau ada nangga kaum kerabat nya? Aku rasa sedara Taib mun nak di compare hartanya dengan harta kau, macam semut lawan godzilla. Pasal Taib nikah, mun aku peduli kau ada masalah kah? kau madah "kita org peduli apa????" Kau memang sik peduli sebab kau join sekaki, tapi aku memang peduli. Sebab bagi aku, umur Taib ya patut lebih ingat akhirat berbanding dunia. Sik akan selamanya kita akan menongkat langit di bumi.

Bagi Pas Miri,
Perjuangan anda maha suci
Tapi jgn silap buat perhitungan politik di Sarawak
 

Orang PAS Miri rasanya lebih pandei dari kau. Sidaknya sik akan samasekali molah silap untuk nyokong Taib

Berhati-hatilah dalam perjuangan...
Jgn sampai bersubahat menjatuhkan saudara seagama kerana hendak berkuasa...
 

Cewah saudara seagama. Tapi mun saudara seagama yang zalim ya memang wajib kita membetulkannya. Bukan tangga ajak pakei mata.
 

Skop dan manhaj dakwah begitu luas
Banyak contoh dan suri tauladan daripada para anbiya sebagai ikutan yang digunapakai dalam semua keadaan dan situai....


Sebab ngikut para anbiyalah sidak tuk bertindak. Bukan jadi pak turut macam kau. Contoh teladan para anbiya, AMAR MAARUF , NAHI MUNGKAR
 

Berhati-hatilah dengan Sarawak Report....jangan terpancing
Tertelan umpan sakit nak luahkan
Kenalilah dalangnya
Jangan mudah terpedaya...

Saudara Seagama.


Terima kasih atas peringatan. Kamek orang dah tauk pun dalangnya. Matlamatnya sama macam kamek orang. Menjatuhkan pemimpin yang zalim seperti Taib. Noktah

Wallahuaklambissawab.


Warna purple penjilat Taib
Warna Biru aku yang tulis.