Saturday 26 March 2011

AKU DAN APAI JUGAH ( TUN JUGAH AK BARIENG )



Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah anak Barieng dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau juga lebih dikenali sebagai APAI dikalangan rakyat Sarawak. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka ( PESAKA) pada tahun 1962 dan menjadi Presiden sehingga kematiannya pada 1981.. Temenggung Jugah menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau merupakan menteri yang pertama dari Sarawak yang menganggotai Kabinet yg menguruskan Hal Ehwal orang Sarawak.  Pemergiannya merupakan kehilangan yang besar pada warga Sarawak  justru kerendahan budi dan ketokohannya dalam memimpin. Secara peribadi penulis ingin menzahirkan segunung penghargaan  dan pengiktirafan atas sumbangannya kepada rakyat Sarawak.

Sekiranya APAI masih hidup, rasanya dialah orang yang pertama di barisan hadapan untuk menentang kezaliman  Taib Mahmud kepada masyarakat bumiputera khasnya bangsa Iban. Ini kerana, beliau amat memahami cara hidup orang Iban yang kehidupan mereka tidaklah mementingkan wang ringgit dan longgokan emas, tetapi bangsa ini amat menitik beratkan budaya, adat dan kepercayaan mereka. Bagi mereka tanah untuk menanam padi, berkebun dan berburu adalah segala-galanya. Sekiranya tanah yang menjadi nadi kehidupan mereka selama ini tergadai, samalah seperti kehidupan mereka yg turut dirampas. Mungkin susah bagi mereka yang bukan berasal dari Sarawak untuk memahami pemikiran Bangsa Iban. Ini disebabkan sosio budaya dan aktiviti mereka yang jauh berbeza. Sebagai contoh, seorang iban yang berasal dari ulu, sekiranya diberikan rumah, kemudahan, dan bantuan wang ringgit secara percuma di bandar, mati dikerat lapan pun tidak akan dia mahu. Mengapa?

Ini kerana apa yang kita panggil dengan kesenangan hidup ini melalui kacamata oarang bandar ini, tidaklah sama definisinya pada mata seorang iban di hulu. Bagi mereka kesenangan hidup adalah suburnya tanaman padi yang mereka tanam, menahan bubu di sungai, berburu dengan hasil yang banyak di hutan dan menyabung ayam dikala waktu lapang. Semua ini dilakukan bersama-sama sanak saudara. Waktu kebersamaan inilah bagi mereka kesenangan dan kebahagian hidup. 






Adakah rasional bagi seorang Ketua Menteri membangunkan tanah atas nama pembangunan dengan merampas tanah-tanah dikawasan di mana mereka ini bercucuk tanam, berburu dan kadang-kadang berumah tangga disitu. Seolah-olah pembangunan dipaksakan kepada mereka yang belum bersedia ini. Itu belum dikira tanah yang telah lama mereka duduki kini bertukar tangan. Tanah yang dahulu mereka bebas untuk bercucuk tanam dan mendirikan rumah kini bertukar tangan menjadi milik syarikat XXX dan YYY. 

APAI yang sememangnya orang iban pasti amat memahami perkara tersebut. Sudah tentu APAI akan menyesal menubuhkan PBB sekiranya dia tahu dibelakang hari, parti yang ditubuhkan olehnya yang akan banyak merembat dan merampas hak bangsanya. Dan yang paling menyedihkan, keturunannya langsung tidak mempertahankan hak bangsanya malah bersekongkol dengan mereka-mereka yang tamakkan harta "balak" dan tanah.



P/S RASANYA BERDASARKAN SIKAP DAN PENDIRIAN TUN JUGAH, NESCAYA TAIB MAHMUD AKAN DISUMPIT SUPAYA TAK AKAN MAMPU LAGI MENGANIAYA BANGSA IBAN. NASIB ENGKAU MEMANG BAIK WAHAI TAIB.

1 comment:

  1. moga tuhan selamatkan negeri sarawak

    ReplyDelete