Saturday 26 March 2011

BN SEDIA MAIN KASAR- JABU

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak bersedia untuk ‘bermain kasar’ sekiranya pihak pembangkang menggunakan taktik sedemikian, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.  Petikan Utusan Borneo 25/3/2011

Bila membaca tajuk colum di atas rasa pelik pulak bila difikirkan betul-betul. Sejak bila pulak BN ni pernah main FAIR play? Dari dulu, sekarang dan akan datang (rasanya) BN memang akan sentiasa akan main kasar. Jabu ni tengah mengalami delusi sekaligus ada denial sindrom kot? Mengapa saya kata delusi? Ini kerana Taib mahmud dari dulu, sampai sekarang ni tak ada hajat nak berenti jadi KM. Bila ditanyakan sebabnya... Dengan selamba Taib ni berkata "Belum ada calon yang layak untuk menggantikan saya". Cuba selami ayat2 Taib ni satu persatu. Baik dari segi maksud, kias dan semantik bahasa. Kalau ikut akal fikiran saya yang agak malas nak menyelami  lubuk pemikiran Taib ( Bukannya apa. Saya takut nanti pemikiran Taib akan mencemarkan fikiran saya yg masih suci untuk berkhidmat untuk rakyat), perkataan tak layak tu merujuk kepada siapa? Jabu? Si Jabu labu ni masih tak layak jadi Ketua Menteri Sarawak ke? (Bukan aku tapi Taib yang cakap). Kenapa Taib kata Jabu ni tak Layak? Sebabnya, Jabu ni masih tenggelam dengan delusinya. Delusi nak jadi KM.

Sampai sekarang ni, BN kalau main x pernah fair. Contoh yang paling mudah, ajak main PILIHANRAYA, pengadil (SPR) berat sebelah, Linesman ( Polis)  dah sah-sah terima suap, Pengulas sukan ( Media ) hari-hari memburukkan pihak lawan seolah-olah seperti kain buruk, dan yang paling teruk bila pihak lawan nak sumbat gol, mereka pergi alih tiang gol (undi hantu). Macam-mana kita nak menang?

P/S Lain kali kalau BN ajak main bola jangan mahu. Kita pergi pulak ajak dia main seremban. Kalau dah melampau sangat, sumbat satu-satu biji seremban dalam mulut BN. Biar bila mereka nak berak nanti keluar batu. baru padan muka.

No comments:

Post a Comment