Friday, 25 March 2011

TALIB OH TALIB? DI MANA KAMU WAHAI TALIB?

BINTULU: Sasaran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang kini disandang Datuk Talib Zulpilip pada pilihan raya negeri ke-10 bukan sekadar menang sebaliknya menang besar.

Amboi, berbangga besar nampak. Nampak sangat menunjuk-nunjuk supaya Taib Mahmud dapat nampak ke? Amboi cari publisiti lebih nampak. Keterlaluan tak kalau saya cakap ayat yang pertama di atas supaya Taib tak tukar dia jadi calon di Jepak kelak? 
 
Kawasan majoriti Melayu/Melanau yang separuh ka­wasannya merupakan pinggir bandar itu dimenangi oleh Talib yang juga Menteri Muda Pelancongan pada 2006 den­gan majoriti 3,179 undi untuk menewaskan Wan Saimi Wan Dahlan dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Justeru, bagi memastikan kemenangan besar, Talib malam kelmarin berpesan kepada jentera parti di ka­wasannya agar mula bekerja secepat mungkin.

Aik, baru mula nak bekerja? Selama ini mereka ni pergi mana? Pergi honeymoon ke? Mentang-mentanglah Menteri Perlancongan. Jadi asyik pergi melancong ye tak? Pergi melancong pun bukan pakai duit sendiri, tapi pakai duit rakyat. Lepas tu claim macam-macam. 

“Esok (semalam) kita mula berjumpa penduduk di ka­wasan masing-masing dan mengingatkan mereka ten­tang tanggungjawab mereka dalam memangkah calon yang betul,” katanya pada majlis berambeh di kediaman Tim­balan Pengerusi PBB Jepak Saidi Abang Samsuddin di sini malam kelmarin. Tugas jentera pilihan raya juga katanya perlu men­jelaskan sebaik mungkin isu-isu yang mungkin menim­bulkan keraguan di kalangan penduduk.


Tolong mengingatkan je? Kenapa tak tolong benda-benda lain? Tolong tampal mana-mana tap rumah yang berlubang ke, bagi subsidi petrol dan diesel PERCUMA ke, tolong cat rumah untuk kelihatan baru ke, baru ada kelas. Kalau dapatlah, Talib ni bukan setakat kita pangkah, kalau dapat kita tebas je leher dia. Biar straight terus jumpa Allah. Tahu-tahulah dia nak menjawab kat Allah nanti tanggungjawab yang telah dia abaikan di Jepak.

Katanya, beliau terdengar ada pihak yang mendakwa beliau jarang menjenguk kawasan, tetapi berbuat demi­kian ketika musim pilihan raya. Menafikan tuduhan itu, Talib berkata: “Saya turun padang sejak menang, bukan pilih masa pilihan raya atau ketika berasa kedudukan goyah”.


Boleh tak sesiapa tolong beritahu Talib ni yg tuduhan ni bukan fitnah?O.K senang kira. Dalam tahun 2007, berapa kali dia datang kawasan tanya khabar penduduk di Jepak? Tahun 2008? Tahun 2009? Tahun 2010? 
Berapa kali dia datang? Rasanya lengkap semua dua belah jari tangan pun tak cukup. Bila ditanya nanti, mulalah menipu kata sibuklah untuk berjuang untuk rakyat di DUN, sibuk jadi menteri pelanconganlah, dan semua macam sibuk. Nak tengok muka dia? Haaa.... Dalam 2,3 minggu ni adalah muka penjilat Taib ni.  

 
Bagi mencapai kemenangan besar, beliau turut menggesa semua pihak bekerjasama dan berusaha gigih. Sementara itu, Saidi berkata, demi mengekalkan kemenan­gan BN di kerusi Jepak, semua pihak harus mengetepikan isu-isu remeh. “Kita lupakan persengket­aan, buang yang keruh, ambil yang jernih,” katanya.

Cewah Si Saidi ni. Apa maksud dia dengan isu yang remeh temeh ni? Isu anak tak cukup belanja untuk pergi sekolah isu remeh ke? Isu penduduk Kpg Jepak yang amat memerlukan peluang  pekerjaan isu remeh ke? Isu elektrik tak sampai-sampai di sesetengah kawasan isu remeh ke? Belum lagi isu air bersih dan kesihatan. 




Seruan saya, marilah kita sama-sama menumbangkan orang yang kita panggil PEMIMPIN ni supaya jatuh dan tidak dapat lagi untuk terus menipu dan memperbodohkan pengundi di kawasan JEPAK. 


Ini saya ada sertakan pesanan dari makcik yang sudah bosan dengan kerajan Taib. 




P/S Jangan terikut-ikut finger signal ni selalu. Tak baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment