Wednesday, 30 March 2011

NANGKA OH NANGKA


The Borneo Post Selasa bertarikh 18hb melaporkan ADUN Nangka menafikan khabar angin bahawa orang Melayu Sibu memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Perenggan pertama menunjukkan ia cuba untuk mengalihkan persoalan kepada dari prestasi rendah DUN Nangka kepada undi Melayu Sibu yang dikatakan meningkat jumnlah.

Dia cuba mencari dalih dengan mengatakan undi Cina yang 28% di kawasannya yang lari. Ini seolah2 dia tidak perakui pengundi kawasannya turut lari. Perkara ini berlainan dari yang dikatakan oleh PKR kawasan. Undi Bumiputera telah lari dari BN. Sebagai contok di mukim Teku, kawasan Iban, PR menang tiga saluran.

DUN Nangka bermasalah walaupun PBB pernah menang besar dengan majoriti 4,815 undi dalam tahun 2006. Awang Bemee bukan seorang YB yang berkesan. Beliau langsung tidak turun ke padang dan bersikap arogan. Di kerusi Nangka seramai 8,003 atau kira-kira 60% adalah pengundi muda dan berdarah panas. Luahan anak-anak muda Nangka melalui Facebook tentang masalah asas di kampung-kampung mereka cukup jelas menggambarkan betapa kecewanya mereka terhadap tahap khidmat wakil rakyat mereka.

Selaku kaum minoriti di bumi sendiri, sudah semestinya rasa terkilan itu berbaur cemburu melihat peruntukan sekadar melimpasi kampung mereka menuju perkampungan bukan Melayu atau kawasan bandar.

Satu lagi contoh, Kampung Hilir di pinggir bandar Sibu yang terletak dalam DUN Nangka adalah ibarat Kampung Baru di Kuala Kumpur yang dianggap mencacatkan keindahan Kuala Lumpur.

Kampung Hilir hanya di pisahkan oleh Hotel Paramount yang berbelas tingkat berada dalam keadaan dhaif. Kampung ini menggambarkan taraf hidup masyarakat Melayu Melanau Sarawak.

Deretan rumah-rumah papan dengan sebahagian tiangnya di dalam Sungai Rejang menyebabkan banjir sekali atau dua kali setahun. Kampung ini dilanda banjir apabila air sungai melimpah pada musim hujan lebat.

Menurut seorang penduduk Kg Hilir, mereka sudah mengadu kepada wakil rakyat setempat tetapi ianya ibarat mencurah air ke daun keladi. Begitu juga dengan rayuan penduduk supaya lorong-lorong sepanjang Jalan Kampung Hilir dalam kawasan DUN Kampung Nangka diturap.

Mereka akhirnya gelarkan Awang Bemee dengan gelaran YB Jambatan... kerana YB ini hanya memberi kayu-kayu untuk dibuat jambatan menghubungkan jalan dengan rumah bagi mengelak air jika banjir.

Perihal wakil rakyat ini bukan rahsia lagi kerana nama beliau tidak terlepas bibir penduduk yang terasa kecewa bila YB berkenaan amat jarang turun padang. Menurut seorang ibu tunggal tiga anak, jika ramai penduduk Melayu yang tidak mengundi BN pada 16 Mei ini, itu adalah kerana mereka kecewa setelah diabaikan walaupun kesetiaan pada BN tidak pernah berbelah bahagi sebelum ini.

DUN Nangka ini telah dijadikan DUN angkat bagi PAS dan PKR manakala DUN Bawang Assan dikendalikan oleh DAP. Manakala Besar PAS turut terletak di Kampung Hilir, DUN Nangka yang sentiasa sibuk mengatur program kempen.

Inilah sikap degil yang enggan menerima kenyataan yang sama ditunjukkan oleh PM Abdullah Badawi sebelum PRU2008 yang terkenal mengulang kata2 rakyat menyokongnya 90% kerana 90% kerusi dipegang BN.


P/S ADA TAK KAITAN AWANG BEMEE DENGAN TA ANN GROUP? ADA. MARI LIHAT SINI

http://www.taann.com.my/bod.html

No comments:

Post a Comment