Thursday, 24 March 2011

PILIHANRAYA SARAWAK : BN KECUT PERUT

BN jelas sekali kecut perut dengan perkembangan terbaru rakyat yang semakin memberikan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar di Sarawak. Golongan ini yang terdedah kepada maklumat alternatif dilihat akan bangkit menolak BN pada pilihanraya akan datang ini.

Penganalisis politik tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kejutan akan berlaku di Sarawak sebagaimana keputusan PRK Sibu tahun lalu. Namun begitu ianya banyak bergantung kepada sejauh mana pilihanraya ini dijalankan secara telus atau professional. Jika tidak ada penipuan dan penyelewengan sudah tentu PR akan menambah kerusi kalaupun tidak menafikan majoriti 2/3 BN.

Namun begitu ianya bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi kadar celik politik di Sarawak masih rendah ditambah pula dengan serangan jentera kerajaan pusat dan negeri yang sudah tentu akan menjadikan pengundi Sarawak sebagai anak emas mereka.

Namun harapan masih belum terpadam untuk penduduk Kampung Jepak. Pilihanraya yang akan datang menjanjikan harapan baru bagi penduduk Kampung Jepak. Berubahlah wahai JEPAK !!!!!!!

No comments:

Post a Comment