Dayak merupakan kumpulan majoriti yang mendiami Sarawak yang merupakan penduduk Bumiputera yang asal selain masyarakat Melayu. Sejak Sarawak menyertai Malaysia, masyarakat Dayak tidak pernah ditindas mahupun dianaktiri oleh pemimpin BN Sarawak mahupun pemimpin BN Malaysia. Bahkan dalam perlembagaan, hak dan keistimewaan kumpulan Dayak ini terpelihara seperti mana kaum Melayu.
Berikan satu sebab mengapa statement “..masyarakat Dayak tidak pernah ditindas mahupun di anaktiri oleh pemimpin BN Sarawak..” adalah satu statement yang kelakar? Mungkin satu lelucon untuk menceriakan hari yang indah ini. Sekiranyanya tidak pernah di anaktiri, mengapa sesetengah rumah panjang sejak merdeka sehingga sekarang dinafikan hak untuk menikmati bekalan elektrik dan air bersih? Sedangkan semua tahu itu adalah kemudahan asas yang paling minimum yang rakyat perlukan. Berapa tahun lagikah mereka perlu menunggu untuk menikmati kemudahan asas tersebut? Tidak adakah peruntukan kawasan untuk menolong mereka ini? Tahun demi tahun, para YB akan sentiasa memberikan janji manis sebagai gula-gula semasa pilihanraya. Sampai bilakah nasib mereka ini akan berlarutan tanpa pembelaan ini?
Dalam perkembangan politik Sarawak kini, Pakatan Pembangkang telah menggunakan taktik dan strategi membangkitkan semangat Dayakisme bagi membenci kerajaan. Apakah kerajaan selama ini tidak menjaga dan memelihara kepentingan kumpulan masyarakat Dayak?
Bagi aku YA. Selama ini kerajaan tidak menjaga dan memelihara kepentingan orang Dayak dengan bersungguh-sungguh. Segala projek yang dijalankan untuk orang Dayak seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Adalah penting untuk membangkitkan semangat Dayakisme kerana dengan semangat inilah orang Dayak akan bangkit daripada terus ditipu dan dipermainkan oleh pihak pemerintah. Dengan semangat inilah mereka akan terus bertahan daripada segala janji-janji manis pemerintah semasa musim pilihanraya ini.
Situasi ini sengaja diadakan Pakatan Pembangkang menerusi bloggers propembangkang mahupun ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Pembangkang. Mereka mengetahui melalui cara ini, undi terhadap BN akan berkurangan dan menyokong Pakatan Pembangkang. Mereka sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa berbohong dan melaksanakan fitnah bagi mendapatkan sokongan.
Ya, bloggers seperti aku akan terus berjuang bagi terus membongkar segala kesalahan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pemerintah kepada masyarakat Dayak. Fitnah? Adakah dengan mengatakan bahawa masyarakat Dayak banyak ketinggalan berbanding bangsa yang lain adalah satu fitnah? Adakah dengan mengatakan kebanyakkan sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman adalah daif serta jauh kekurangan adalah fitnah? Adakah dengan mengatakan prestasi pelajaran pelajar di pedalaman jauh berbeza dengan prestasi plejar dibandar adalah fitnah?
Sangkaan mereka masyarakat Dayak tinggal di luar bandar dan pedalaman tidak berpengetahuan dan tidak mengetahui perkara-perkara di luar. Dengan kebanyakan mereka buta huruf dan mudah diperalatkan membuatkan mereka terpedaya dengan mainan Pakatan Pembangkang. Malah mereka telah menanam kebencian kepada masyarakat Dayak dengan menyebarkan pelbagai dakyah kononnya kerajaan tidak membantu masyarakat Dayak.
Sudahkah kerajaan menjalankan kajian berapa banyak penduduk di pedalaman adalah buta huruf sehingga susah bagi mereka untuk mendapatkan kerja? Dan siapa memperalatkan siapa? Siapakah yang telah berkuasa selama lebih 35 tahun tetapi nasib masyarakat Dayak masih di takuk lama? Kebencian masyarakat Dayak tidak perlu ditanam oleh pembangkang tetapi kebencian ini lahir secara alami setelah begitu lama ditindas dan diperbodohkan oleh pembangkang.
Serangan terhadap masyarakat Dayak segera ditangkis oleh pemimpin BN yang berketurunan Dayak bagi memperjelaskan kepada rakyat bahawa dakwaan dan tohmanan kononnya kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Dayak adalah suatu pembohongan yang nyata. Komitmen Kerajaan BN terhadap kepentingan masyarakat Dayak dapat dilihat dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dianggotai oleh semua menteri-menteri Bumiputera dari kedua-dua negeri terbabit. Menurutnya lagi, satu jawatankuasa teknikal di bawah Jawatankuasa Kabinet turut ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan projek-projek terutama pembangunan infrastruktur di pedalaman. Jawatankuasa teknikal itu dipengerusikan oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Douglas Uggah Embas sebagai Timbalan Pengerusi.
Berapa kali nak sebut, bukanlah jawatankuasa yang mereka ini perlukan. Wujudkan seribu jawatankuasa pun tidak berguna selagi bekalan elektrik dan air bersih masih belum ada. Melalaklah banyak mana sekalipun, bukan jawatan kuasa yang mereka perlukan. Tetapi kemudahan asas untuk melestarikan kelangsungan hidup. Siapa yang peduli dengan Bernard Dompok dan Douglas Unggah menjadi Perdana Menteri sekalipun. Yang penting bagi mereka ialah air dan letrik.
P/S SEKIRANYA PEMBANGUNAN SECARA SEIMBANG BERLAKU DI SARAWAK, GAMBAR SEORANG DAYAK MENGGUNAKAN LAPTOP BUKANLAH LAGI SESUATU YANG DIANGGAP LUCU MALAH AKAN DIANGGAP SEBAGAI SESUATU YANG BIASA. TANYA HATI, ADAKAH KITA BERASA LUCU MELIHAT GAMBAR TERSEBUT?